Sunday, April 12, 2009

tukang kasut di kaki lima

pada hari sabtu yang lalu,
saya dan emak dan ayah bersarapan dekat jalan ipoh,
selepas bersenam di batu caves dan taman besar di kepong
(taman yang ada tasik besar itu la...)
semasa kami berjalan ke kereta,
emak jumpa seorang tukang kasut di kaki lima,
emak pun beria-ria mahu minta bantuannya
untuk membaiki kasut tumitnya yang sudah rosak.
jadi saya pun menemani emak sambil memerhatikan kraf
tukang kasut itu kerana ini memang kali pertama
saya ada masa untuk memerhatikan kerjanya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tukang kasut itu seorang yang tak banyak cakap,
dari mula sampai akhir semasa dia membaiki kasut mak,
dia hanya cakap "enam ringgit"
apabila emak tanya dia berapa harga untuk baiki kasut,
dan setakat itu sahaja yang dia cakap.
mungkin inilah konsentrasi dia yang mengkagumkan,
dalam masa 15minit, dia sudah baiki
1 kasut tumit untuk mak
1 selipar getah (mulut buka) &
1 selipar plastic (mulut buka juga) untuk pakcik
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
cara dia membaiki kasut mak ialah mengoyakkan
getah kasut tumit yang sudah retak,
dan mengasahkannya dengan mesin kecil,
yang disambungkan dengan elektrik yang datang
entah dari mana dengan haram tetapi macam tak haram
selepas itu tukang kasut pun mengambil saiz kasut
dengan meletakkanya atas getah yang baru &
melukis garisan luar kasut dengan pensil,
kemudian memotong getah baru itu dengan pisah kecil,
dan menyapukan gam yang 'canggih',
ketika menunggu gam itu kering sikit,
tukang kasut pun mengambil peluang ini untuk
membaiki selipar-selipar pakcik lain
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~``
gam nampaknya sudah kering pada tahap yang sesuai,
tukang kasut pun melekatkannya pada kasut tumit,
dan menggunakan mesin kecil untul mengasahkan tepi kasut
yang ada getah berlebihan dan potongan yang hodoh,
selepas kraf tukang kasut ini, emak kata
"dapatlah saya jimat 60 ringgit dengan 6 ringgit ini"
tukang kasut itu hanya senyum sahaja dan terus bekerja

2 comments:

amanda said...

hahaha...
cik ling, kamu ni mmg kelakar sgt!!!

cakap pasal tukang kasut ni.. aku nak baiki kasut tumit jugak! dah lama aku tunda kasut ni...

sekarang ni... susah nak cari tukang kasut kat tepi jln-jln. semua pun kat shopping mall. giler mahal.

tapi... jadi tukang kasut pun kesian jugak. tapi pikir-pikir, sekurang kurang nye, job yang elok. bukan malas sampai nak minta sedekah. yang tu saya respect!

P/s YANG PALING ANEH SEKALI... post aku yang last, pun dalam bahasa melayu..

tau tak? "hebat mind pikir samer" bahasa sama, timing pun tak kurang.
HAHAHAHA

ariel said...

dah lama aku tak baca cerita atau blok (ini pertama kali) dalam bahasa melayu...

rasa pelik sikit sebab bahasa aku memang tak boleh pakai, oleh sebab itu, karangan ini dengan perkara membaiki kasut memang mengimpreskan (arrgggg) hahaha...

sekian terima kasih~